Friday, August 5, 2011

WAJAH BARU , IDEA BARU , PENGALAMAN BARU~!!

Dh lma tak update blog ni...bukan apa..perasaan malas tu kerap hadir tanpa dipinta. Sebelum ini saya telah menukar imej lama blog saya kepada yang baru..dah lama saya mencari-cari dan tertanya-tanya konsep yang sesuai dengan diri dan kehendak saya..imej lama blog saya ni walaupun cantik tetapi nampak berserabut..serta banyak aplikasi yang tidak jelas maksud dan tujuannya..berbanding imej baru yang saya tampilkan kini akan lebih memaparkan kisah , idea atau pengalaman yang berkisarkan kehidupan seharian yang saya lalui..malah beberapa aplikasi yang tidak diperlukan telah dimansuhkan..


kehidupan juga begitu.Ada yang berubah mengikut peredaran masa.Seperti manusia.manusia juga sentiasa berubah.sama ada berubah kepada baik ataupun buruk.perubahan tersebut pula dipengaruhi oleh suasana di persekitaran mereka.contohnya , seorang gadis yang dahulunya berpenampilan biasa berubah kepada penampilan yang up-to-date kerana terpengaruh dengan suasana atau orang di sekelilingnya..tetapi itu tidak bermaksud perubahan tersebut membawa sesuatu keburukan semata-mata.selalunya kita perlu berubah jika mahu maju ke hadapan.Dengan membuat satu perubahan yang kecil barulah manusia berani membuat tindakan yang mendatangkan kejayaan kelak.
Bersedia untuk berubah ! hanya manusia yang sentiasa mahukan sesuatu terbaik buat dirinya akan berani menanggung risiko untuk berubah walaupun sikap atau suasana lama terpaksa ditinggalkan.Tidak ada salahnya berubah.Jika perubahan itu benar-benar boleh merubah diri dan membawa kebaikan kepada kita kelak.walaupun ada kalanya kita rasakan diri kita masih sama dan tidak membawa apa-apa kejayaan yang kita mahukan setelah banyak perubahan dan usaha yang dilakukan,jangan bersedih ! kerana apabila seseorang mengatakan dia ingin berubah sebenarnya dia sudah pun berubah..

2 comments: