Saturday, August 20, 2011

KEMBARA (1):Menyusuri Bandar Jakarta

Baru-baru  ni,saya baru balik dari bercuti selama 9hari di Indonesia. Banyak pengalaman yang dikutip dan berharga. Terdapat beberapa tempat yang menarik saya dapat lawati seperti Jakarta , Bandung dan Tangkuban Perahu. Jogjakarta tidak sempat dilawati disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. episod kembara ini akan saya ceritakan mengenai setiap tempat yang saya lawati dan tidak semua dapat saya ceritakan. Kalau nak cerita semuanya , tak suspen la pula....


Jakarta merupakan ibu negara bagi negara Indonesia , jiran Malaysia. Ia juga merupakan bandar yang terbesar di Indonesia yang terletak arah barat laut di Pantai Jawa. Jakarta juga memegang title bandar paling padat di Indonesia dan di Asia Tenggara. Keadaan yang sesak dan padat ini dapat saya lihat melalui kepadatan penduduknya yang menetap secara setinggan di banyak kawasan di situ. Ianya semakin sesak pada waktu2 tertentu seperti waktu habis bekerja. Kereta-kereta tidak putus-putus datang dari pelbagai arah dan penduduknya banyak berlegar-legar di mana-mana sahaja. Ditambah lagi jalan raya yang kecil dan sempit menyebabkan keadaan semakin sesak. Namun , yang anehnya....kemalangan kurang berlaku meskipun kereta-kereta tersebut kerap dan mahir menyusup di mana-mana sahaja hingga tidak nampak arah jalan rayanya. Walaupun banyak overtake berlaku , tidak pula si pemandu akan hilang sabar atau naik angin hingga membunyikan hon kereta mereka. Mereka dengan sabar akan menunggu giliran dan mendahulukan kereta yang menyusup di hadapan mereka. Tidak seperti keadaan di Malaysia. Di situ , pemandu yang membunyikan hon bermaksud dia ingin menyusup atau mengambil penumpang. Biarpun ada orang yang sengaja melintas di saat kereta-kereta lalu-lalang , si pemandu tidak sama sekali akan membunyikan hon mereka. Di sini saya boleh nampak nilai kesabaran mereka yang agak tinggi.


Selain itu , salah satu keunikan Bandar Jakarta yang boleh kita nikmati ialah bangunan-bangunan lama yang dipelihara sejak lama dahulu. Bangunan-bangunan lama yang unik dan cantik ini mencerminkan penghargaan penduduk Indonesia terhadap harta warisan yang mereka miliki.cantiknya rekaan bangunan lama bandarnya membuatkan saya merasai budaya kehidupan indonesia sejak dari sebelum merdeka.Tidak dilupakan penduduknya yang ramah dan saya masih ingat salah seorang penduduk di sana memberi ingatan kepada saya,"mbah,awas ya sama tasnya..di sini pencopetnya ramai."terima kasih kerana mengingatkan. saya akan simpan kata-kata anda. 


Menyusuri bandar Jakarta merupakan pengenalan awal saya kepada budaya dan corak kehidupan yang diamalkan di Indonesia. Walaupun bandar Jakarta tidaklah sehebat seperti kota metropolitan kita, Kuala Lumpur , tetapi nilai ketimuran jelas terserlah di segenap tempat. pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Indonesia melenyapkan separuh daripada pemikiran negatif saya selama ini.  perkara yang saya kagumi ttg masyrakat di sana pertama ialah kegigihan dalam mendapatkan wang utk menyara kehidupan masing-masing.  penduduk di sana bekerja keras lantaran kehidupan yang kais pagi makan pagi. walaupun Jakarta merupakan bandar yang maju namun banyak penduduknya yang masih hidup dalam keadaan kedaifan dan miskin. terdapat seorang gadis kecil yang mempunyai suara yang sedap memasuki van yang kami naiki dan menyanyikan lagu yang tidak kami ketahui tajuknya sambil memetik gitar. setelah menghiburkan kami dengan muziknya , dia menadah tangan sebagai tanda meminta upah. wahh,ada juga orang mendapatkan upah dengan cara begini...di sini mereka tidak malu atau merungut bekerja demi mencari sesuap nasi.begitulah cara kehidupan mereka di sini. kita patut bersyukur kerana kerajaan kita murah hati dan sentiasa memberikan bantuan kepada yang memerlukan.


rsanya dh banyak cerita ni..nak sambung tapi malas nk taip..penat dah tangan ni..kalau nk tau lebih lanjut , apa kata datang terus ke sana?berkunjung ke luar negara tidak bermaksud hanya golongan kaya sahaja yang mampu. kita juga boleh jika kita mampu. cuma dua perkara yang kita perlukan iaitu duit dan tourist guide. tiket ke negara Indonesia tidak mahal. kalau mahu yang murah kena lah booking awal2..hehehe









No comments:

Post a Comment