Wednesday, September 21, 2011

KEMBARA (2) : Jogjakarta tak jadi , Pasar Baru jadi kenangan

Pada hari kedua di Indonesia , kami (saya dan keluarga,sanak saudara) bersiap-siap dari Hotel Paragon Gallery , Jakarta untuk ke destinasi seterusnya , Bandar Jogjakarta. malangnya hajat kami tdk kesampaian kerana kehabisan tiket kereta api express. Apa boleh buat , kita merancang Allah yang menentukan. Bukan rezeki kami untuk ke sana.  


Untuk menghabiskan hari yang sepatutnya diperuntukkan untuk melawat bandar Jogjakarta , kami singgah membeli-belah di pasar baru jakarta yang mempamerkan pelbagai aneka pakaian  yang murah-murah. Suasana di Pasar Baru sesak dengan pengunjung yang turut sama membeli barang kesukaan mereka. Rambang mata saya melihat pakaian seperti jubah , tudung , kain , t-shirt atau seluar yang cantik dan tersangat murah harganya. Sehelai dress atau baju t-shirt  berharga RM7-10 (maaf,lupa harga dlm matawang Indonesia). Harga akan menjadi semakin murah jika pakaian yang dibeli dari kedai yang sama juga lebih. Pasar Baru tinggi bertingkat-tingkat dan tingkat teratas merupakan restoran atau kedai-kedai makan yang dikelilingi kedai-kedai pakaian. Sambil membelah-belah boleh merehatkan diri dan menjamu selera dengan hidangan menu yang lazat dan unik serta berbeza citarasa dengan Malaysia. 
Disebabkan sesak dengan orang , saya terpisah dengan ahli kumpulan yang lain. Mujurlah struktur binaan Pasar Baru tersebut tidak kompleks memandangkan saya bukannya mudah sangat mengingat arah , jadi saya tidak lah begitu sesat. Satu perkara yang paling saya ingati sewaktu membeli gelang silver. Setelah mengesahkan gelang yang ingin saya beli , Pekedai tersebut akan menimbang gelang itu terlebih dahulu dan membuat pengiraan ( seperti emas ) barulah disebutkan harganya. Hmm,kalau di Malaysia , emas lebih dipandang tinggi tetapi di Indonesia silver juga lebih kurang sama seperti emas.